Mesyuarat Agung Tahunan Peladang Unit Kg. Paya Jakas
2 Jun 2019 | Aktiviti TerkiniPada 1 Jun 2019, bertempat di ruang utama Pusat Ekonomi Digital Kg. Paya Jakas, telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Unit Kg. Paya Jakas. Mereka memilih untuk menjalankan mesyuarat tersebut di sini atas faktor keselesaan Pusat Ekonomi Digital ini untuk menjalankan mesyuarat seumpama ini. Mesyuarat ini berlangsung selama 3 jam bermula dari jam 2.00 petang hingga jam 5.00 petang. Pengurusan Pusat Ekonomi Digital mengambil kesempatan ini dengan menyampaikan salah satu advokasi Klik Dengan Bijak bertajuk Mobile e-Waste.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: